Social Icons

Pages

Monday 26 August 2013

Kursus E-Dagang & Pendaftaran Syarikat Dewan Astaka UMP

Saya telah menghadiri kursus ini pada 25 hb Oktober yang dianjurkan oleh Pusat Keusahawanan Universiti Malaysia Pahang khusus untuk para pelajar UMP yang bakal menjadi graduan pada tahun ini. Berdasarkan syarat asas memang saya ini tidak untuk hadir dalam kursus ini tetapi alhamdulillah permohonan saya sebagai staf untuk sertai bersama dalam kursus ini diperkenankan oleh Pengarah Pusat Keusahawanan.

Kursus ini bermula pada 10 pg hingga 4. 30 ptg yang disertai oleh syarikat smart media technologies dan Suruhanraya Syarikat Malaysia. Antara intipati penting dalam kursus ini adalah pendedahan kepada produk smart media yang menjurus kepada e-dagang yang amat berbeza dengan pendekatan yang digunapakai oleh syarikat google. Iklan yang dimasukkan ke dalam google adword atau adsense kebanyakan mengenakan caj yang tinggi kepada pengguna dan para pengguna yang lain klik pada banner iklan ini akan menyumbangkan kepada duit kepada google tanpa kita sedari dan kita tidak dapat apa2 bayaran atau keuntungan berupa wang daripada google. Perkara ini juga sama iklan yang dimuat naik ke dalam Facebook. Setiap link pada imej atau banting akan memberi kredit kepada gergasi internet ini.

Namun begitu, berlainan pula konsep yang digunapakai oleh Smart Media Technology yang mana pendekatan yang digunakan adalah keuntungan bersama iaitu smart media pun dapat untung dan pengguna pun dapat peratus keuntungan.Perisian pelayar digunakan smart media ini dpanggil YOBSN yang berupakan sistem pelajar web yang membenarkan pengguna untuk mengakses pelbagai laman web di dalamnya iaitu setiap klik pada imej/iklan atau link akan memberi bonus atau smart point kepada pengguna. Smartpoint ini boleh ditukar kepada wang tunai iaitu wang ini boleh dikeluarkan pada setiap hari isnin dan boleh dipindahkan kepada banks seperi Maybank dan sebagainya. Di dalam smart mediaini juga memberi banyak aplikasi percuma kepada pengguna seperti ebook, games, smart email,smart library dan macam2 lagi.

Pengguna pada smart media ini tergolong kepada dua iaitu free user dan pro users. Pro users perlu bayaran dalam RM 435 untuk sekali sepanjang hidup. Berikut merupakan snap bagi gambar yang sempat saya tangkap di dalam kursus ini.












Daripada kursus yang dihadiri ini juga, pendaftaran syarikat untuk para pelajar adalah percuma iaitu ditanggung sepenuhnya oleh pihak UMP. Kerjasama ini telah termeterai antara pihak SSM dan UMP. Moga ilmu yang diperolehi dalam kursus ini akan digunakan untuk membangunkan bisnes secara E-Dagang itu nanti.





No comments:

Post a Comment