Social Icons

Pages

Monday 26 August 2013

Sistem Pengurusan Stok & Jualan Ikan - SPISys

Sebenarnya idea untuk membangunkan sistem ini adalah memudahkan urusan penternakan serta rekod jualan ikan sangkar di Temerloh. Projek ini saya telah usahakan bersama dengan Abg Ipar saya yang mana sangkar ini terletak betul-betul berhadapan dengan tebing di rumah isteri saya di Lebak Seberang. Kebetulan pula, air sungai temerloh yang berhadapan dengan kampung ini dalam dan sesuai untuk membuat sangkar ikan.Rekod perbelanjaan seperti anak ikan, makanan ikan (palet), jaring dll...semua direkod dalam buku log.Sama juga keadaannya rekod keluar ikan (jualan), upah pekerja di rekod dalam buku log. 







Ini bertambah serabut lagi, kerana projek ini banyak tuan atau pelabur. Akibatkan rekod ini menjadi kelam kabut dan nampak pening terutamanya bab melibat duit belanja dan hasil jualan. Justeru itu, saya berfikir, saya ini ada sedikit ilmu "programming" ini apa salahnya jika saya buatkan sistem yang benar2 ringkas untuk digunakan bagi pengurusan rekod belanja dan jualan.

Untuk ini saya mengambil masa dalam dua minggu untuk design sistem ini, idea saya adalah sistem ini dibangunkan mengguna MS Visual Basic (6.0) yang old school ini tetapi masih relevant untuk digunakan untuk membangunkan pada sistem yang kecik2 dan database yang digunakan adalah MS Access. Sistem ini telah digunakan hampir 1 bulan dan maklumbalas yang didapati adalah positif. Rekod senang di trace, laporan mudah dicapai, rekod jualan ikan harian dapat dipaparkan dan yang paling penting rekod untung rugi dapat dikeluarkan daripada sistem ini.





Sistem ini juga sesuai digunakan sebagai POS (Point of sales) yang mana resit serta invoice dapat dijana terus dan cetak untuk diserah kepada pengguna (jika perlu).

Untuk projek akan datang, saya bercadang ingin membangunkan sistem ini dalam bentuk versi web menggunakan PHP,Jasper report dan MySQL di letakkan dalam cloud atau web hosting yang stabil. Sistem ini akan dijadikan lebih fleksibel dan ia sesuai untuk pengurusan jualan dan kawalan bagi segala jenis bisnes seperti pertanian serta penternakan kambing, lembu, udang dan sebagainya. Sistem bakal dilancarkan pada hujung tahun 2013 ini dan promosi akan dibuat yang mana para pelanggan yang berminat untuk menggunakan sistem ini perlu subscribe  secara tahunan/yearly.


Jika sesiapa yang berminat nak membeli sistem ini atau inginkan maklumat lebih lanjut , sila hubungi saya :

SABRI - 01999676909

Sekian
Terima Kasih.



No comments:

Post a Comment